Antara bezanya ialah pada masa seseorang manusia itu melakukan dosa.Seseorang yang melakukan zina itu sudah sememangnya berdosa.Tapi bukan semua orang yang melakukan dosa zina dalam keadaan yang satu level dosanya.Ada yang berzina dalam keadaan dengan penuh ketakaburan dan langsung tidak merasa bersalah melakukan zina.Ada yang berzina dalam keadaan ia dipengaruhi oleh nafsunya dan hasutan syaitan tetapi ia merasa bersalah dan berdosa.Tentunya tidak sama sama bukan?
Walaupun kedua-duanya berdosa.Tapi pasti kedudukan di sisi Allah ada yang lebih teruk dan ada yang teruk,Rasulullah pernah berkata kepada para sahabat,bila mereka mencerca orang yang meminum arak.Nabi berkata "Jangan kamu laknat dia,kerana aku tahu dia sayang Allah dan rasulnya".Dia Minum arak,tetapi dia masih punya ruang sayang Allah dan Rasul-Nya..Dalam hal itu,Memang dia bersalah.Satu sudut lagi dalam insan,ada orang yan berbuat dosa dan dia tidak sedikit pun berundur daripada dosanya.
Dan ada orang yang buat dosa,dia selalu balik kepada Allah.Kadang-kadang dia akan mengulangi kesalahannya tetapi dia akan sentiasa balik kepada Allah untuk memohon keampunan.Bila ia melakukan dosa,di hatinya merasa bersalah dan segera bertaubat kepada Allah dengan melakukan solat taubat untuk memohon keampunan di atas dosa yang dilakukanya.Bila dia memohon keampunan lalu Allah berkata "sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya Akulah yang berhak mengampunkannya dan berhak mengambil tindakan ke atasnya".
Kemudian bila hamba Allah itu memohon keampunan dan bertaubat,maka ia telah berbalik ke pangkal jalan dan tidak melakukan dosa yang pernah dilakukannya lagi.Tetapi pada satu peringkat,bila dia telah bertaubat lalu dia mengulangi lagi dosanya kembali.Bukan kerana semasa dia bertaubat dia memang berfikiran bahawa dia akan mengulangi kesilapannya lagi.Bukan kerana taubatnya yang dulu tidak ikhlas dan tidak bersungguh sungguh.Sesungguhnya memang dia bertaubat kerana Allah Ta'ala.Tetapi lama kelamaan ia diuji dengan ujian Allah menyebabkan ia tersungkur dan terjatuh.Lalu ia berkata "Wahai Tuhanku,sesungguhnya Aku telah berbuat dosa lagi maka ampunkanlah Aku".
Begitulah fitrahnya melakukan kesalahan demi kesalahan,dosa demi dosa dan selama itu ia tidak pernah berhenti memohon keampunan dari Allah S.W.T.Lalu berkata Allah "Wahai hambaKu buatlah,Aku akan ampunkan Engkau".Bukannya Rasulullah hendak mengalakkan dosa,Tetapi Rasulullah hendak memberitahu kita bahawa manusia selagi mana ia memohon keampunan dari Allah s.w.t,maka akan Allah ampunkan dosanya itu walau seluas lautan terbentang.
Syaitan sentiasa membuatkan manusia putus semangat.Tapi Allah sentiasa membuka peluang taubat.Jika seseorang itu berbuat dosa,maka bencilah dosa yang dilakukankannya..Tapi bukan si pelakunya..Dan jangan kita persoalkan kedudukannya di mata Allah..kita tidak usah masuk campur..Itu bukan urusan kita..Tak mustahil orang yang kita tengok di dunia ni jahat,Tiba tiba pergi ke akhirat kelak mungkin Dia dahului kita.Allah mengetahui setiap benda yang ada di dalam jantung hati manusia.Setiap dari kita kelihatannya sama.Tetapi tidak sama apa yang terpendam dalam jiwa kita.Setiap orang yang berada dalam saf dan mengatakan "Allahuakbar" bunyinya sama,tapi tidak sama khusyuknya..setiap orang yang berdoa "Ya Rabb",bunyinya sama tapi tidak sama dalam tawakal dan harapannya.Setiap orang yang mengaku beriman,bunyinya sama,tetapi adakah sama iman kita dengan saidina Abu Bakar?Iman kita dengan para sahabat Rasulullah?iman kita sesama manusia yang lain juga tidak sama.
Allah mengetahui apa yang zahir dan batin di kalangan hati hamba-hambaNya.Kita mengetahui yang zahir sahaja.kadang-kadang kita hukum si fulan,dengan melabelkan dia jahat.Tetapi kita tidak tahu,mungkin satu hari tidak mustahil dia di sisi Allah lebih baik dari kita.Sebab itu kita mesti berhati hati dalam menghukum orang lain.Jangan sampai kita menjadi tuhan.Jangan sampai kita lupa kita ini juga manusia yang tidak pernah lepas dari melakukan kesalahan.
Dan jangan pula berkata kepada si pelaku dosa,"Aku pasti engkau besok pasti akan masuk neraka"..Jangan begitu wahai teman...Dalam soal menentukan seseorang itu akan masuk ke syurga atau neraka,jangan masuk campur.Itu urusan Allah.Maha suci Allah.Kita tidak boleh masuk campur hal ni.Sedang Allah memasukkan pelacur yang memberi anjing minum ke dalam syurga,adakah pelik Dia hendak memasukkan hamba-hambaNya yang lain ke dalam syurga?Sesungguhnya Allah mengetahui siapa hambaNya.Dia mengetahui segala isi hati hamba-hambaNya.Kita tidak tahu.Kadang kita kata,kita lagi baik daripada orang lain,ya..baik..pada zahirnya memang nampak lebih baik.Tapi kita tidak tahu apa yang terpendam dalam jiwanya yang mungkin Allah lagi sayang kepadanya dari sudut itu lebih daripada kita. Wallahua'lam..
-AgirlwithaBigHeart,Awa-