Monday, 5 November 2012

Sesungguhnya Pengampunan Allah itu Maha Luas:')

Setiap dosa yang dilakukan seseorang hamba Allah itu pada mata kasarnya nampak sama..Tapi sebenarnya ianya tidak sama.Setiap hamba Allah yang tampil melakukan kesalahan,adalah tidak sama.Beza dosa antara dosa satu manusia yang lain adalah banyak.


Antara bezanya ialah pada masa seseorang manusia itu melakukan dosa.Seseorang yang melakukan zina itu sudah sememangnya berdosa.Tapi bukan semua orang yang melakukan dosa zina dalam keadaan yang satu level dosanya.Ada yang berzina dalam keadaan dengan penuh ketakaburan dan langsung tidak merasa bersalah melakukan zina.Ada yang berzina dalam keadaan ia dipengaruhi oleh nafsunya dan hasutan syaitan tetapi ia merasa bersalah dan berdosa.Tentunya tidak sama sama bukan?


Walaupun kedua-duanya berdosa.Tapi pasti kedudukan di sisi Allah ada yang lebih teruk dan ada yang teruk,Rasulullah pernah berkata kepada para sahabat,bila mereka mencerca  orang yang meminum arak.Nabi berkata "Jangan kamu laknat dia,kerana aku tahu dia sayang Allah dan rasulnya".Dia Minum arak,tetapi dia masih punya ruang sayang Allah dan Rasul-Nya..Dalam hal itu,Memang dia bersalah.Satu sudut lagi dalam insan,ada orang yan berbuat dosa dan dia tidak sedikit pun berundur daripada dosanya.


Dan ada orang yang buat dosa,dia selalu balik kepada Allah.Kadang-kadang dia akan mengulangi kesalahannya tetapi dia akan sentiasa balik kepada Allah untuk memohon keampunan.Bila ia melakukan dosa,di hatinya merasa bersalah dan segera bertaubat kepada Allah dengan melakukan solat taubat untuk memohon keampunan di atas dosa yang dilakukanya.Bila dia memohon keampunan lalu Allah berkata "sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya Akulah yang berhak mengampunkannya dan berhak mengambil tindakan ke atasnya".


Kemudian bila hamba Allah itu memohon keampunan dan bertaubat,maka ia telah berbalik ke pangkal jalan dan tidak melakukan dosa yang pernah dilakukannya lagi.Tetapi pada satu peringkat,bila dia telah bertaubat lalu dia mengulangi lagi dosanya kembali.Bukan kerana semasa dia bertaubat dia memang berfikiran bahawa dia akan mengulangi kesilapannya lagi.Bukan kerana taubatnya yang dulu tidak ikhlas dan tidak bersungguh sungguh.Sesungguhnya memang dia bertaubat kerana Allah Ta'ala.Tetapi lama kelamaan ia diuji dengan ujian Allah menyebabkan ia tersungkur dan terjatuh.Lalu ia berkata "Wahai Tuhanku,sesungguhnya Aku telah berbuat dosa lagi maka ampunkanlah Aku".


Begitulah fitrahnya melakukan kesalahan demi kesalahan,dosa demi dosa dan selama itu ia tidak pernah berhenti memohon keampunan dari Allah S.W.T.Lalu berkata Allah "Wahai hambaKu buatlah,Aku akan ampunkan Engkau".Bukannya Rasulullah hendak mengalakkan dosa,Tetapi Rasulullah hendak memberitahu kita bahawa manusia selagi mana ia memohon keampunan dari Allah s.w.t,maka akan Allah ampunkan dosanya itu walau seluas lautan terbentang.


Syaitan sentiasa membuatkan manusia putus semangat.Tapi Allah sentiasa membuka peluang taubat.Jika seseorang itu berbuat dosa,maka bencilah dosa yang dilakukankannya..Tapi bukan si pelakunya..Dan jangan kita persoalkan kedudukannya di mata Allah..kita tidak usah masuk campur..Itu bukan urusan kita..Tak mustahil orang yang kita tengok di dunia ni jahat,Tiba tiba pergi ke akhirat kelak mungkin Dia dahului kita.Allah mengetahui setiap benda yang ada di dalam jantung hati manusia.Setiap dari kita kelihatannya sama.Tetapi tidak sama apa yang terpendam dalam jiwa kita.Setiap orang yang berada dalam saf dan mengatakan "Allahuakbar" bunyinya sama,tapi tidak sama khusyuknya..setiap orang yang berdoa "Ya Rabb",bunyinya sama tapi tidak sama dalam tawakal dan harapannya.Setiap orang yang mengaku beriman,bunyinya sama,tetapi adakah sama iman kita dengan saidina Abu Bakar?Iman kita dengan para sahabat Rasulullah?iman kita sesama manusia yang lain juga tidak sama.


Allah mengetahui apa yang zahir dan batin di kalangan hati hamba-hambaNya.Kita mengetahui yang zahir sahaja.kadang-kadang kita hukum si fulan,dengan melabelkan dia jahat.Tetapi kita tidak tahu,mungkin satu hari tidak mustahil dia di sisi Allah lebih baik dari kita.Sebab itu kita  mesti berhati hati dalam menghukum orang lain.Jangan sampai kita menjadi tuhan.Jangan sampai kita lupa kita ini juga manusia yang tidak pernah lepas dari melakukan kesalahan.


Dan jangan pula berkata kepada si pelaku dosa,"Aku pasti engkau besok pasti akan masuk neraka"..Jangan begitu wahai teman...Dalam soal menentukan seseorang itu akan masuk ke syurga atau neraka,jangan masuk campur.Itu urusan Allah.Maha suci Allah.Kita tidak boleh masuk campur hal ni.Sedang Allah memasukkan pelacur yang memberi anjing minum ke dalam syurga,adakah pelik Dia hendak memasukkan hamba-hambaNya yang lain ke dalam syurga?Sesungguhnya Allah mengetahui siapa hambaNya.Dia mengetahui segala isi hati hamba-hambaNya.Kita tidak tahu.Kadang kita kata,kita lagi baik daripada orang lain,ya..baik..pada zahirnya  memang nampak lebih baik.Tapi kita tidak tahu apa yang terpendam dalam jiwanya yang mungkin Allah lagi sayang kepadanya dari sudut itu lebih daripada kita. Wallahua'lam..



















   



                                                                                                                       -AgirlwithaBigHeart,Awa-

Monday, 29 October 2012

Peliharalah Aib Orang Lain



Tersepit antara memendam rasa sendiri dan menutup aib orang lain,yang mana akan anda pilih?Ada orang tidak dapat memendam rasa dan menceritakan hal yang dipendamnya atas alasan dia perlu meluahkannya kepada seseorang.Ada orang pula memilih untuk memendam hal dan rasa itu walaupun harus sakit memendamnya sendiri kerana tidak punya siapa ingin diluah kongsi rasa itu kerana dia khuatir akan hal yang akan dikongsinya itu akan membuka aib orang lain..Yang mana satu kah anda?


Tidaklah menjadi satu kesalahan berkongsi rasa dengan orang sekeliling kita,tapi berpada padalah..Tapislah rasa yang mana perlu dikongsi dan yang mana tidak perlu dikongsi.Jika ia akan mengaibkan orang lain,kenapa perlu berkongsi? Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. 


Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain.Sebagai contoh yang mudah,pasangan muda masa kini masa sedang hangat bercinta semuanya manis dan baik baik belaka.Tapi bila jodoh tidak menyebelahi dan hasrat tidak tercapai,masing-masing mulai mencanang keburukan dan keaiban diri.Dia dulu begitu,dia dulu begini..sungguh rancak berkongsi itu dengan orang lain tidak kurang juga membuka keburukan dan keaiban bekas pasangan di laman sosial seperti facebook atau twitter yang sudah pastinya akan dilihat umum oleh orang ramai.Nauzubillah,jangan begitu wahai teman. 


Memang meluah rasa itu tidak salah,tapi biarlah berpada pada.Tapis apa yang perlu dan tidak perlu dikongsi.Bukankah lebih baik kita mendoakan bekas pasangan kita itu.Bukankah lebih baik kita menutup keaiban bekas pasangan kita itu sama seperti kita menutup aibnya ketika masih bersama?jangan hanya kerana perpisahan anda menjadi manusia yang hilang kewarasan akal dan kewarasan hati.Tidak perlu rasanya meluah sana sini.Untuk apa semua itu?Allah kan ada..Allah kan Maha mengetahui.Mengadulah kepada-Nya.Bukan mengadu pada kawan anda yang juga sama seperti anda tapi berlagak seperti orang yang arif.Kalau hendak mengadu rasa,meluah rasa mengadulah pada sumber yang betul.


Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. 

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata: 

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya." 



Setiap  hamba Allah itu punya aib masing-masing.Ada rahsia yg disembunyikan dari orang tua kita sendiri, dari sahabat kita sendiri mahupun dari kawan2 kita. Namun, benda yg tersembunyi ini, kadang2 kita pun akan terlepas pandang jugak, sampailah diketahui oleh kawan kita atau orang lain. 
Jika kita memegang aib insan.. seluruh MARUAH dirinya berada di tangan kita, kita punyai PILIHAN.. sembunyikan atau sebarkan..

Jika kita sebarkan, "arrghhh,baru puas hati aku..padan muka,jahat sangat ! biar satu dunia tahu "


Jika kita sembunyikan "Nak ceritakah tidak ni,kalau aku cerita,jatuh pula maruah kawan aku ni"


Mana pilihan anda?Terpulang pada hati anda., tapi ingat, aib kita jua di tangan insan lain.. dan ingatlah JANJI Allah..jika kita sembunyikan aib saudara kita, maka nanti Allah sendiri akan MENUTUP aib kita..insyAllah..



Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).









                                                                                                                      -AGirlWithaBigHeart,Awa-

Istikharah Cinta

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu.
ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin berbelok arah..
ketika aku medoakanmu dalam setiap tadah tanganku..
ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu..
Ketika aku memberi harapan saat kau mulai terjatuh.
ketika aku tanpa jemu membantumu..
ketika sahutan salam menyapa..saat kita bertemu..
ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu.
ketika aku membuka lebar lebar pintu maaf bagimu..
Ketika aku mejaga rahsiamu..


Dan ketika suatu saat nanti..Aku perlu melepaskanmu dengan penuh keikhlasan dan keredhaan..
Dan jika Allah takdirkan untukku mencintaimu..Izinkan aku melabuhkan cinta padamu kerana Allah..
Ku temukan dirimu dalam istikharahku meski tak ku tahu apakah memang dirimu yang telah ditulis-Nya di luh mahfuz bersamaku..

Cinta.
Tak mengapa saat ini kita harus menjauh kerana memang kita belum halal kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan suci..
 Kerana itu jauh lebih bererti..jauh lebih abadi..
InsyAllah kerana aku yakin janji Allah adalah pasti..
Lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..seperti inilah ku mencintaimu..
Dengan menjaga kesucian diri, jiwa dan hatiku serta dirimu hanya untukku persembahkan padamu kelak.

Oleh kerana itu cinta,
Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..
Ya rabb,padamu ku curahkan cintaku padanya..
Cinta itu fitrah...
Jagalah ia jangan sampai jadi fitnah.
Cukup cintai aku dalam diam dari kejauhan dengan keserhanaan dan keikhlasan..
Kerana rencana Tuhan itu tiada siapa yang tahu....
Mungkin saja rasa ini ujian yang hanya akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah dibolak-balikkan..
Kerana hati ini Allah yang pegang..
Serahkan rasa dan doa untuk menjadi yang halal itu pada Yang Maha Memberi dan Yang Maha Memilikinya..
Biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang tepat pada waktunya..

Untukmu wahai calon imamku..
 Yang tiada siapa mengenali termasuk diriku ini.
Dirimu masih termasuk di dalam rahsia penciptaMu..
Rahsia yang telah ditentukan untukku..
Yang perlu ku singkap dengan segunung taubat..
Selautan airmata..
Dan penuh kesungguhan di setiap sujudku..


Cuma jambatan istikharah jua yang bisa  merungkai rahsia itu..
Ku temukanmu dalam istikharahku..
Jika mimpi bisa aku beli dan khayalan mampu ku ciptakan..
Akan ku berikan mimpi paling sempurna..yang bisa membuat senyum kecilmu merekah..

Ya akhi..akal kami setipis rambut kami..maka tebalkan itu dengan ilmu agama yang ada padamu..
Hati kami serapuh kaca maka kuatkan itu dengan keimananmu dan kesabaranmu
Dan  perasaan kami sehalus sutera maka bimbinglah kami dengan akhlak kebajikan..
Tapi kenalkan kami pada Ya rabbmu..
Agar fitrah kami yang tercipta dari tulang rusukmu yang paling bengkok tidak selamanya bengkok..
Agar kekurangan akal dan ilmu agama kami tak menyesatkan kami..


Mencinta seseorang itu adalah hak kita namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan yang rasmi bukan hak kita..
Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki..
Dia pasti akan kembali..
Jika Allah takdirkan dia untuk kembali..
Jika allah jadikan dia untuk kau miliki..KuNfayakuN~




segalanya pasti lagi indah dan bahagia,bila ia halal di mata Allah :)
Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan rasa kasih sayang) maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang.





Zahirkan rasa itu dengan aliran Allah :)






Ya Akhi..Persiapkan dirimu dengan ilmu di dada,untuk menjadi nakhoda dalam kapal pengembaraanmu di dunia yang sementara ini..hidup ini berliku,namun bisa lurus jika Allah itu ada di hatimu.






Berdoalah di setiap sujudmu..Allah itu Maha Mendengar




Cinta itu fitrah,jagalah ia,jangan sampai jadi fitnah













Kunfayakun~









                                                                                                               -AGirlWithaBigHeart,Awa-

Saturday, 27 October 2012

CHECKLIST sebelum anda keluar rumah :)



Pastikan Anda Check 6 Perkara Ini,Kalau Sudah Lulus Keenam Enam List ni,Haaa..Baru Boleh Keluar Rumah Sebagai wanita-wanita islam.Baru lah Boleh Keluar Dengan Nama ISLAM Di Dada..Kerana Inilah Garis Panduan Pakaian Bagi Wanita Islam.Dont just be a Muslim by name,Be his Khalifah In All Aspect of Life..Don't Just Say To Everyone That You Are Muslim,Show Them,And Be Proud That You Are Muslim :)

                      
SubhanAllah,Islam Itu Indah..Berbanggalah Kalian Tergolong Di Dalam Golongan Itu..Jangan Jadi HambaNya Yang Tidak Tahu bersyukur Dengan Nikmat Yang Diberikan Oleh-Nya..Kalau Allah Boleh Bagi Kita Bernafas Dan Hidup Di Dunia Ini,Kalau Allah Boleh Bagi Kita Rezeki,Kehidupan,Keluarga Dalam Hidup Kita..Macam Macam Allah Bagi Untuk Kita,Kenapa Perintah-Nya Yang Satu Ini,Tidak Kita Patuhi?Tidak Malukah Kita Dengan Allah?Di mana Sifat Kehambaan Dalam Diri Kita Kalau Kita Tidak Menuruti Perintah-Nya?Muhasabahlah Wahai Hamba-Hamba Allah Sekalian..Semua Yang Kita Punya Saat Ini,Hanya Pinjaman Dari Allah..Bila-Bila Masa Allah Boleh Menarik Balik Semua Yang Kita Punya Saat Ini,Allah Itu Maha Berkuasa..Dan Ingatlah Kita Ini Hamba-Nya,Allah Itu Pencipta Kita..Bila Itu Sudah Tertanam Di Dalam Hati Dan Fikiran Kita,Rasanya Kita Tidak Punya Sebab Untuk Tidak Menuruti Perintah-Nya..

P/S: Jom ramai-ramai CHECKLIST diri kita sebelum keluar rumah..Kan Molek gituu..hehee :p




                                                                                                                     -AGirlWithaBigHeart,Awa-

Friday, 26 October 2012

Just For You,yes..YOU :)

Sahabat dan Sahabiyat..

Ada Satu Masa Nanti,Kita Akan Diuji Pelbagai Masalah.Sampai Masa Itu,Tidur Kita Tidak Lena,Makan Pun Tidak Senang.Risau Memikirkan Masalah Kita Itu.

Tetapi Kita Terlupa Yang Memberi Masalah Itu Adalah Allah.Dan Hanya Dengan Mengingati Dia Sahaja,Boleh Menenangkan Dan Menenteramkan Hati Dan Fikiran Kita.

Bukan Manusia,Bukan Saya Yang Cakap Perkara Ini,Tapi Allah..Dia Ungkapkan Dalam Surat Cinta-Nya Kepada Kita..Allah Yang Memberi Masalah.Allah Juga Lah Yang Menenangkan kita Sewaktu Jiwa Kita Tidak Tenteram.

Betapa Sayangnya Allah Kepada Kita..















                                                                                                                     -AGirlWithaBigHeart,Awa-

Selamat Hari Raya AidilAdha people ! :D

Studying in the City Of Kuala Lumpur .This Is My first Time Celebrating eid Here,alone..Last year,I went back to Sabah..and now?here I am.Stuck in the busy city..and it's not fun at all.. Ahh..I miss home so bad :( ..But I know,all of this sacrifices is worth it.. Living far away from my family, taught me a lot of things which i never explore and experience before.. It taught me the Real Life.. And one thing for sure from a daughter who doesn't know anything about kitchen,now i can cook ! Living here alone,I've to do everything by myself.. I've to cook,I've to do laundry,I've to pay for all the bills and other stuff by myself..I've to admit it was very hard and tough for me..i keep complaining all the time why I've to do this and that by myself.. And now, I know why my father send me here, now only I understand why he send his daughter to study far from   him.. Its to make me learn from the experience.. To make me grow up by experience in my life. Thanks for giving me the trust dad :) Look,now your little daughter can cook.. Event though its not perfect as mom's cook,but I made it.. I made it by myself..with my own effort :') Next time,I'll cook for you..Thanks for everything dad !sorry i cant be there for you to celebrate it together. Selamat Hari Raya Aidiladha..May Allah bless you in here and hereafter.. I Heart You :)

Rendang ayam :')

Sotong Masak Kicap:')

Sayur Bunga Tumis Masak Sos Tiram:')








                                                                                                                   -AGirlWithaBigHeart,Awa-                                             


Thursday, 25 October 2012

Aku Ingin MencintaiMu:')








Tuhan Betapa Aku Malu..
Atas Semua Yang Engkau Berikan..
Padahal Diriku Terlalu Sering MembuatMu Kecewa..
Entah Mungkin Kerana Aku Terlena..
Sementara engkau Beri Aku Kesempatan..
Berulang Kali Agar Aku Kembali..

Dalam FitrahKu Sebagai Manusia
Untuk Menghambakan DiriKu PadaMu..
Betapa Aku Punya Tiada Apa Apa Di HadapanMu..
Aku Ingin MencintaiMu..
Setulusnya Sebenar Benar Aku Cinta..
Dalam Doa..Dalam Ucapan..Dalam Setiap LangkahKu..

Aku Ingin MendekatiMu..Selamanya..
Sehina Apa Pun DiriKu..Ku Berharap Untuk Bertemu DenganMu Ya Rabbi..





                                                                                                           -AGirlWithaBigHeart,Awa-