Tersepit antara memendam rasa sendiri dan menutup aib orang lain,yang mana akan anda pilih?Ada orang tidak dapat memendam rasa dan menceritakan hal yang dipendamnya atas alasan dia perlu meluahkannya kepada seseorang.Ada orang pula memilih untuk memendam hal dan rasa itu walaupun harus sakit memendamnya sendiri kerana tidak punya siapa ingin diluah kongsi rasa itu kerana dia khuatir akan hal yang akan dikongsinya itu akan membuka aib orang lain..Yang mana satu kah anda?
Tidaklah menjadi satu kesalahan berkongsi rasa dengan orang sekeliling kita,tapi berpada padalah..Tapislah rasa yang mana perlu dikongsi dan yang mana tidak perlu dikongsi.Jika ia akan mengaibkan orang lain,kenapa perlu berkongsi? Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.
Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain.Sebagai contoh yang mudah,pasangan muda masa kini masa sedang hangat bercinta semuanya manis dan baik baik belaka.Tapi bila jodoh tidak menyebelahi dan hasrat tidak tercapai,masing-masing mulai mencanang keburukan dan keaiban diri.Dia dulu begitu,dia dulu begini..sungguh rancak berkongsi itu dengan orang lain tidak kurang juga membuka keburukan dan keaiban bekas pasangan di laman sosial seperti facebook atau twitter yang sudah pastinya akan dilihat umum oleh orang ramai.Nauzubillah,jangan begitu wahai teman.
Memang meluah rasa itu tidak salah,tapi biarlah berpada pada.Tapis apa yang perlu dan tidak perlu dikongsi.Bukankah lebih baik kita mendoakan bekas pasangan kita itu.Bukankah lebih baik kita menutup keaiban bekas pasangan kita itu sama seperti kita menutup aibnya ketika masih bersama?jangan hanya kerana perpisahan anda menjadi manusia yang hilang kewarasan akal dan kewarasan hati.Tidak perlu rasanya meluah sana sini.Untuk apa semua itu?Allah kan ada..Allah kan Maha mengetahui.Mengadulah kepada-Nya.Bukan mengadu pada kawan anda yang juga sama seperti anda tapi berlagak seperti orang yang arif.Kalau hendak mengadu rasa,meluah rasa mengadulah pada sumber yang betul.
Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.
Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:
"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."
Setiap hamba Allah itu punya aib masing-masing.Ada rahsia yg disembunyikan dari orang tua kita sendiri, dari sahabat kita sendiri mahupun dari kawan2 kita. Namun, benda yg tersembunyi ini, kadang2 kita pun akan terlepas pandang jugak, sampailah diketahui oleh kawan kita atau orang lain.
Jika kita memegang aib insan.. seluruh MARUAH dirinya berada di tangan kita, kita punyai PILIHAN.. sembunyikan atau sebarkan..
Jika kita sebarkan, "arrghhh,baru puas hati aku..padan muka,jahat sangat ! biar satu dunia tahu "
Jika kita sembunyikan "Nak ceritakah tidak ni,kalau aku cerita,jatuh pula maruah kawan aku ni"
Mana pilihan anda?Terpulang pada hati anda., tapi ingat, aib kita jua di tangan insan lain.. dan ingatlah JANJI Allah..jika kita sembunyikan aib saudara kita, maka nanti Allah sendiri akan MENUTUP aib kita..insyAllah..
Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).
-AGirlWithaBigHeart,Awa-
No comments:
Post a Comment