Monday, 5 November 2012

Sesungguhnya Pengampunan Allah itu Maha Luas:')

Setiap dosa yang dilakukan seseorang hamba Allah itu pada mata kasarnya nampak sama..Tapi sebenarnya ianya tidak sama.Setiap hamba Allah yang tampil melakukan kesalahan,adalah tidak sama.Beza dosa antara dosa satu manusia yang lain adalah banyak.


Antara bezanya ialah pada masa seseorang manusia itu melakukan dosa.Seseorang yang melakukan zina itu sudah sememangnya berdosa.Tapi bukan semua orang yang melakukan dosa zina dalam keadaan yang satu level dosanya.Ada yang berzina dalam keadaan dengan penuh ketakaburan dan langsung tidak merasa bersalah melakukan zina.Ada yang berzina dalam keadaan ia dipengaruhi oleh nafsunya dan hasutan syaitan tetapi ia merasa bersalah dan berdosa.Tentunya tidak sama sama bukan?


Walaupun kedua-duanya berdosa.Tapi pasti kedudukan di sisi Allah ada yang lebih teruk dan ada yang teruk,Rasulullah pernah berkata kepada para sahabat,bila mereka mencerca  orang yang meminum arak.Nabi berkata "Jangan kamu laknat dia,kerana aku tahu dia sayang Allah dan rasulnya".Dia Minum arak,tetapi dia masih punya ruang sayang Allah dan Rasul-Nya..Dalam hal itu,Memang dia bersalah.Satu sudut lagi dalam insan,ada orang yan berbuat dosa dan dia tidak sedikit pun berundur daripada dosanya.


Dan ada orang yang buat dosa,dia selalu balik kepada Allah.Kadang-kadang dia akan mengulangi kesalahannya tetapi dia akan sentiasa balik kepada Allah untuk memohon keampunan.Bila ia melakukan dosa,di hatinya merasa bersalah dan segera bertaubat kepada Allah dengan melakukan solat taubat untuk memohon keampunan di atas dosa yang dilakukanya.Bila dia memohon keampunan lalu Allah berkata "sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya Akulah yang berhak mengampunkannya dan berhak mengambil tindakan ke atasnya".


Kemudian bila hamba Allah itu memohon keampunan dan bertaubat,maka ia telah berbalik ke pangkal jalan dan tidak melakukan dosa yang pernah dilakukannya lagi.Tetapi pada satu peringkat,bila dia telah bertaubat lalu dia mengulangi lagi dosanya kembali.Bukan kerana semasa dia bertaubat dia memang berfikiran bahawa dia akan mengulangi kesilapannya lagi.Bukan kerana taubatnya yang dulu tidak ikhlas dan tidak bersungguh sungguh.Sesungguhnya memang dia bertaubat kerana Allah Ta'ala.Tetapi lama kelamaan ia diuji dengan ujian Allah menyebabkan ia tersungkur dan terjatuh.Lalu ia berkata "Wahai Tuhanku,sesungguhnya Aku telah berbuat dosa lagi maka ampunkanlah Aku".


Begitulah fitrahnya melakukan kesalahan demi kesalahan,dosa demi dosa dan selama itu ia tidak pernah berhenti memohon keampunan dari Allah S.W.T.Lalu berkata Allah "Wahai hambaKu buatlah,Aku akan ampunkan Engkau".Bukannya Rasulullah hendak mengalakkan dosa,Tetapi Rasulullah hendak memberitahu kita bahawa manusia selagi mana ia memohon keampunan dari Allah s.w.t,maka akan Allah ampunkan dosanya itu walau seluas lautan terbentang.


Syaitan sentiasa membuatkan manusia putus semangat.Tapi Allah sentiasa membuka peluang taubat.Jika seseorang itu berbuat dosa,maka bencilah dosa yang dilakukankannya..Tapi bukan si pelakunya..Dan jangan kita persoalkan kedudukannya di mata Allah..kita tidak usah masuk campur..Itu bukan urusan kita..Tak mustahil orang yang kita tengok di dunia ni jahat,Tiba tiba pergi ke akhirat kelak mungkin Dia dahului kita.Allah mengetahui setiap benda yang ada di dalam jantung hati manusia.Setiap dari kita kelihatannya sama.Tetapi tidak sama apa yang terpendam dalam jiwa kita.Setiap orang yang berada dalam saf dan mengatakan "Allahuakbar" bunyinya sama,tapi tidak sama khusyuknya..setiap orang yang berdoa "Ya Rabb",bunyinya sama tapi tidak sama dalam tawakal dan harapannya.Setiap orang yang mengaku beriman,bunyinya sama,tetapi adakah sama iman kita dengan saidina Abu Bakar?Iman kita dengan para sahabat Rasulullah?iman kita sesama manusia yang lain juga tidak sama.


Allah mengetahui apa yang zahir dan batin di kalangan hati hamba-hambaNya.Kita mengetahui yang zahir sahaja.kadang-kadang kita hukum si fulan,dengan melabelkan dia jahat.Tetapi kita tidak tahu,mungkin satu hari tidak mustahil dia di sisi Allah lebih baik dari kita.Sebab itu kita  mesti berhati hati dalam menghukum orang lain.Jangan sampai kita menjadi tuhan.Jangan sampai kita lupa kita ini juga manusia yang tidak pernah lepas dari melakukan kesalahan.


Dan jangan pula berkata kepada si pelaku dosa,"Aku pasti engkau besok pasti akan masuk neraka"..Jangan begitu wahai teman...Dalam soal menentukan seseorang itu akan masuk ke syurga atau neraka,jangan masuk campur.Itu urusan Allah.Maha suci Allah.Kita tidak boleh masuk campur hal ni.Sedang Allah memasukkan pelacur yang memberi anjing minum ke dalam syurga,adakah pelik Dia hendak memasukkan hamba-hambaNya yang lain ke dalam syurga?Sesungguhnya Allah mengetahui siapa hambaNya.Dia mengetahui segala isi hati hamba-hambaNya.Kita tidak tahu.Kadang kita kata,kita lagi baik daripada orang lain,ya..baik..pada zahirnya  memang nampak lebih baik.Tapi kita tidak tahu apa yang terpendam dalam jiwanya yang mungkin Allah lagi sayang kepadanya dari sudut itu lebih daripada kita. Wallahua'lam..



















   



                                                                                                                       -AgirlwithaBigHeart,Awa-

Monday, 29 October 2012

Peliharalah Aib Orang Lain



Tersepit antara memendam rasa sendiri dan menutup aib orang lain,yang mana akan anda pilih?Ada orang tidak dapat memendam rasa dan menceritakan hal yang dipendamnya atas alasan dia perlu meluahkannya kepada seseorang.Ada orang pula memilih untuk memendam hal dan rasa itu walaupun harus sakit memendamnya sendiri kerana tidak punya siapa ingin diluah kongsi rasa itu kerana dia khuatir akan hal yang akan dikongsinya itu akan membuka aib orang lain..Yang mana satu kah anda?


Tidaklah menjadi satu kesalahan berkongsi rasa dengan orang sekeliling kita,tapi berpada padalah..Tapislah rasa yang mana perlu dikongsi dan yang mana tidak perlu dikongsi.Jika ia akan mengaibkan orang lain,kenapa perlu berkongsi? Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. 


Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain.Sebagai contoh yang mudah,pasangan muda masa kini masa sedang hangat bercinta semuanya manis dan baik baik belaka.Tapi bila jodoh tidak menyebelahi dan hasrat tidak tercapai,masing-masing mulai mencanang keburukan dan keaiban diri.Dia dulu begitu,dia dulu begini..sungguh rancak berkongsi itu dengan orang lain tidak kurang juga membuka keburukan dan keaiban bekas pasangan di laman sosial seperti facebook atau twitter yang sudah pastinya akan dilihat umum oleh orang ramai.Nauzubillah,jangan begitu wahai teman. 


Memang meluah rasa itu tidak salah,tapi biarlah berpada pada.Tapis apa yang perlu dan tidak perlu dikongsi.Bukankah lebih baik kita mendoakan bekas pasangan kita itu.Bukankah lebih baik kita menutup keaiban bekas pasangan kita itu sama seperti kita menutup aibnya ketika masih bersama?jangan hanya kerana perpisahan anda menjadi manusia yang hilang kewarasan akal dan kewarasan hati.Tidak perlu rasanya meluah sana sini.Untuk apa semua itu?Allah kan ada..Allah kan Maha mengetahui.Mengadulah kepada-Nya.Bukan mengadu pada kawan anda yang juga sama seperti anda tapi berlagak seperti orang yang arif.Kalau hendak mengadu rasa,meluah rasa mengadulah pada sumber yang betul.


Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. 

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata: 

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya." 



Setiap  hamba Allah itu punya aib masing-masing.Ada rahsia yg disembunyikan dari orang tua kita sendiri, dari sahabat kita sendiri mahupun dari kawan2 kita. Namun, benda yg tersembunyi ini, kadang2 kita pun akan terlepas pandang jugak, sampailah diketahui oleh kawan kita atau orang lain. 
Jika kita memegang aib insan.. seluruh MARUAH dirinya berada di tangan kita, kita punyai PILIHAN.. sembunyikan atau sebarkan..

Jika kita sebarkan, "arrghhh,baru puas hati aku..padan muka,jahat sangat ! biar satu dunia tahu "


Jika kita sembunyikan "Nak ceritakah tidak ni,kalau aku cerita,jatuh pula maruah kawan aku ni"


Mana pilihan anda?Terpulang pada hati anda., tapi ingat, aib kita jua di tangan insan lain.. dan ingatlah JANJI Allah..jika kita sembunyikan aib saudara kita, maka nanti Allah sendiri akan MENUTUP aib kita..insyAllah..



Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).









                                                                                                                      -AGirlWithaBigHeart,Awa-

Istikharah Cinta

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu.
ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin berbelok arah..
ketika aku medoakanmu dalam setiap tadah tanganku..
ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu..
Ketika aku memberi harapan saat kau mulai terjatuh.
ketika aku tanpa jemu membantumu..
ketika sahutan salam menyapa..saat kita bertemu..
ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu.
ketika aku membuka lebar lebar pintu maaf bagimu..
Ketika aku mejaga rahsiamu..


Dan ketika suatu saat nanti..Aku perlu melepaskanmu dengan penuh keikhlasan dan keredhaan..
Dan jika Allah takdirkan untukku mencintaimu..Izinkan aku melabuhkan cinta padamu kerana Allah..
Ku temukan dirimu dalam istikharahku meski tak ku tahu apakah memang dirimu yang telah ditulis-Nya di luh mahfuz bersamaku..

Cinta.
Tak mengapa saat ini kita harus menjauh kerana memang kita belum halal kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan suci..
 Kerana itu jauh lebih bererti..jauh lebih abadi..
InsyAllah kerana aku yakin janji Allah adalah pasti..
Lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..seperti inilah ku mencintaimu..
Dengan menjaga kesucian diri, jiwa dan hatiku serta dirimu hanya untukku persembahkan padamu kelak.

Oleh kerana itu cinta,
Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..
Ya rabb,padamu ku curahkan cintaku padanya..
Cinta itu fitrah...
Jagalah ia jangan sampai jadi fitnah.
Cukup cintai aku dalam diam dari kejauhan dengan keserhanaan dan keikhlasan..
Kerana rencana Tuhan itu tiada siapa yang tahu....
Mungkin saja rasa ini ujian yang hanya akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah dibolak-balikkan..
Kerana hati ini Allah yang pegang..
Serahkan rasa dan doa untuk menjadi yang halal itu pada Yang Maha Memberi dan Yang Maha Memilikinya..
Biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang tepat pada waktunya..

Untukmu wahai calon imamku..
 Yang tiada siapa mengenali termasuk diriku ini.
Dirimu masih termasuk di dalam rahsia penciptaMu..
Rahsia yang telah ditentukan untukku..
Yang perlu ku singkap dengan segunung taubat..
Selautan airmata..
Dan penuh kesungguhan di setiap sujudku..


Cuma jambatan istikharah jua yang bisa  merungkai rahsia itu..
Ku temukanmu dalam istikharahku..
Jika mimpi bisa aku beli dan khayalan mampu ku ciptakan..
Akan ku berikan mimpi paling sempurna..yang bisa membuat senyum kecilmu merekah..

Ya akhi..akal kami setipis rambut kami..maka tebalkan itu dengan ilmu agama yang ada padamu..
Hati kami serapuh kaca maka kuatkan itu dengan keimananmu dan kesabaranmu
Dan  perasaan kami sehalus sutera maka bimbinglah kami dengan akhlak kebajikan..
Tapi kenalkan kami pada Ya rabbmu..
Agar fitrah kami yang tercipta dari tulang rusukmu yang paling bengkok tidak selamanya bengkok..
Agar kekurangan akal dan ilmu agama kami tak menyesatkan kami..


Mencinta seseorang itu adalah hak kita namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan yang rasmi bukan hak kita..
Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki..
Dia pasti akan kembali..
Jika Allah takdirkan dia untuk kembali..
Jika allah jadikan dia untuk kau miliki..KuNfayakuN~




segalanya pasti lagi indah dan bahagia,bila ia halal di mata Allah :)
Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan rasa kasih sayang) maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang.





Zahirkan rasa itu dengan aliran Allah :)






Ya Akhi..Persiapkan dirimu dengan ilmu di dada,untuk menjadi nakhoda dalam kapal pengembaraanmu di dunia yang sementara ini..hidup ini berliku,namun bisa lurus jika Allah itu ada di hatimu.






Berdoalah di setiap sujudmu..Allah itu Maha Mendengar




Cinta itu fitrah,jagalah ia,jangan sampai jadi fitnah













Kunfayakun~









                                                                                                               -AGirlWithaBigHeart,Awa-

Saturday, 27 October 2012

CHECKLIST sebelum anda keluar rumah :)



Pastikan Anda Check 6 Perkara Ini,Kalau Sudah Lulus Keenam Enam List ni,Haaa..Baru Boleh Keluar Rumah Sebagai wanita-wanita islam.Baru lah Boleh Keluar Dengan Nama ISLAM Di Dada..Kerana Inilah Garis Panduan Pakaian Bagi Wanita Islam.Dont just be a Muslim by name,Be his Khalifah In All Aspect of Life..Don't Just Say To Everyone That You Are Muslim,Show Them,And Be Proud That You Are Muslim :)

                      
SubhanAllah,Islam Itu Indah..Berbanggalah Kalian Tergolong Di Dalam Golongan Itu..Jangan Jadi HambaNya Yang Tidak Tahu bersyukur Dengan Nikmat Yang Diberikan Oleh-Nya..Kalau Allah Boleh Bagi Kita Bernafas Dan Hidup Di Dunia Ini,Kalau Allah Boleh Bagi Kita Rezeki,Kehidupan,Keluarga Dalam Hidup Kita..Macam Macam Allah Bagi Untuk Kita,Kenapa Perintah-Nya Yang Satu Ini,Tidak Kita Patuhi?Tidak Malukah Kita Dengan Allah?Di mana Sifat Kehambaan Dalam Diri Kita Kalau Kita Tidak Menuruti Perintah-Nya?Muhasabahlah Wahai Hamba-Hamba Allah Sekalian..Semua Yang Kita Punya Saat Ini,Hanya Pinjaman Dari Allah..Bila-Bila Masa Allah Boleh Menarik Balik Semua Yang Kita Punya Saat Ini,Allah Itu Maha Berkuasa..Dan Ingatlah Kita Ini Hamba-Nya,Allah Itu Pencipta Kita..Bila Itu Sudah Tertanam Di Dalam Hati Dan Fikiran Kita,Rasanya Kita Tidak Punya Sebab Untuk Tidak Menuruti Perintah-Nya..

P/S: Jom ramai-ramai CHECKLIST diri kita sebelum keluar rumah..Kan Molek gituu..hehee :p




                                                                                                                     -AGirlWithaBigHeart,Awa-

Friday, 26 October 2012

Just For You,yes..YOU :)

Sahabat dan Sahabiyat..

Ada Satu Masa Nanti,Kita Akan Diuji Pelbagai Masalah.Sampai Masa Itu,Tidur Kita Tidak Lena,Makan Pun Tidak Senang.Risau Memikirkan Masalah Kita Itu.

Tetapi Kita Terlupa Yang Memberi Masalah Itu Adalah Allah.Dan Hanya Dengan Mengingati Dia Sahaja,Boleh Menenangkan Dan Menenteramkan Hati Dan Fikiran Kita.

Bukan Manusia,Bukan Saya Yang Cakap Perkara Ini,Tapi Allah..Dia Ungkapkan Dalam Surat Cinta-Nya Kepada Kita..Allah Yang Memberi Masalah.Allah Juga Lah Yang Menenangkan kita Sewaktu Jiwa Kita Tidak Tenteram.

Betapa Sayangnya Allah Kepada Kita..















                                                                                                                     -AGirlWithaBigHeart,Awa-

Selamat Hari Raya AidilAdha people ! :D

Studying in the City Of Kuala Lumpur .This Is My first Time Celebrating eid Here,alone..Last year,I went back to Sabah..and now?here I am.Stuck in the busy city..and it's not fun at all.. Ahh..I miss home so bad :( ..But I know,all of this sacrifices is worth it.. Living far away from my family, taught me a lot of things which i never explore and experience before.. It taught me the Real Life.. And one thing for sure from a daughter who doesn't know anything about kitchen,now i can cook ! Living here alone,I've to do everything by myself.. I've to cook,I've to do laundry,I've to pay for all the bills and other stuff by myself..I've to admit it was very hard and tough for me..i keep complaining all the time why I've to do this and that by myself.. And now, I know why my father send me here, now only I understand why he send his daughter to study far from   him.. Its to make me learn from the experience.. To make me grow up by experience in my life. Thanks for giving me the trust dad :) Look,now your little daughter can cook.. Event though its not perfect as mom's cook,but I made it.. I made it by myself..with my own effort :') Next time,I'll cook for you..Thanks for everything dad !sorry i cant be there for you to celebrate it together. Selamat Hari Raya Aidiladha..May Allah bless you in here and hereafter.. I Heart You :)

Rendang ayam :')

Sotong Masak Kicap:')

Sayur Bunga Tumis Masak Sos Tiram:')








                                                                                                                   -AGirlWithaBigHeart,Awa-                                             


Thursday, 25 October 2012

Aku Ingin MencintaiMu:')








Tuhan Betapa Aku Malu..
Atas Semua Yang Engkau Berikan..
Padahal Diriku Terlalu Sering MembuatMu Kecewa..
Entah Mungkin Kerana Aku Terlena..
Sementara engkau Beri Aku Kesempatan..
Berulang Kali Agar Aku Kembali..

Dalam FitrahKu Sebagai Manusia
Untuk Menghambakan DiriKu PadaMu..
Betapa Aku Punya Tiada Apa Apa Di HadapanMu..
Aku Ingin MencintaiMu..
Setulusnya Sebenar Benar Aku Cinta..
Dalam Doa..Dalam Ucapan..Dalam Setiap LangkahKu..

Aku Ingin MendekatiMu..Selamanya..
Sehina Apa Pun DiriKu..Ku Berharap Untuk Bertemu DenganMu Ya Rabbi..





                                                                                                           -AGirlWithaBigHeart,Awa-

Jalan Masih Panjang




Jalan Masih Panjang..Terbentang Di Hadapan..
Bukan Hanya Sekadar Dunia..
Lihatlah Ke depan..Yang Lalu Biar Berlalu..
Jadikan Pemicu Kalbu..

Jalan Hidup..
Takkan Pernah Lurus..
Pasti Ada Salah..Lewati Segalanya..
Tapi Tuhan Tak Pernah Berhenti..
Membuka Jendela Maaf Untuk Kita..

Jalan Masih Panjang..
Usah Berputus Asa..
Selagi Nyawa Tersimpan..




                                                                                                        -AGirlWithaBigHeart,Awa-

Sunday, 21 October 2012

Peneman Hidupku:')

 

 Ini..Peneman Hidupku.. Peneman Sepiku..Peneman Dukaku..
Bila Ujian Datang Menimpa Diriku Yang Lemah..
Bila Aku Rasa Keseorangan Dalam Kesendirian Dan Kesedihan Yang Aku Hadapi Di Dunia Ini..
Bila Aku Dalam Kerinduan..Bila Hati Ini Gundah.. Ini Menguatkan Aku Ketika Itu..
Yang Lemah Menjadi Kuat..
Yang Takut Menjadi Berani..Yang Gelisah Menjadi tenang..

Peneman Hidupku Ini..Membuatkan Aku Dekat Dengan PenciptaKu..
Membuatkan Aku Percaya..Membuatkan Aku Yakin..
Akan kebergantungan Ku pada Allah Yang Satu..
Pemilik Sekalian Alam..Pemilik Hati Hati HambaNya..
Pemilik HatiKu..

Ya Allah..
Aku HambaMu Yang Hina..Yang Tidak Terlepas Dari Mengemis Bahagia DariMu..
Kurniakanlah Secebis Kebahagiaan Untuk DiriKu Ini..
Kurniakanlah Ketenangan Hati Dalam JiwaKu..
Jagalah Hatiku..Agar Tidak Berpaling DariMu..

Ya Allah..
Jangan Biarkan Aku Terjatuh Dan Tertatih Dari Kasih SayangMu..
Peliharalah Aku Dalam JagaanMu Selalu..
Agar Aku Tidak Merasa Sendirian..Agar Aku Tidak Merasa Kosong.
Dalam Kehidupan Yang Penuh Dugaaan Yang Mendatang..
Yang Kadang MembuatkanKu Tersadung Dan Merenung Diri Yang Malang..




                                                                                                                                      
                                                                                                                       -AGirlWithabigHeart,Awa-           

This.Is.For.You.Muslimah.

 4 syarat memakai hijab



Alhamdulilah.Baru baru ini,ramai saya melihat perubahan hijrah di kalangan wanita islam,termasuk jugak la para artis.sungguh,tenang hati ini melihat wajah mereka yang tampak ayu berhijab.Tapi dalam kita menunaikan kewajipan ini,janganlah kita hanya sekadar alang alang menutup aurat.Alang alang yg saya maksudkan di sini ialah apabila peredaran fesyen yang tumbuh bagai cendewan di mana banyak tudung tudung yang terdapat di pasaran sekarang yang banyak menepati cita rasa si pemakai.Tetapi anda di luar sana,di sini saya ingin tekankan,tidak salah kalau kita berfesyen,tapi fesyen itu biarlah selaras dengan syariat dan garis panduan islam.Tetapi adalah lebih baik jika kita menutup aurat semata mata kerana Allah s.w.t bukan kerana fesyen.Jangan jadi mangsa fesyen.Bersederhanalah wahai wanita :) percayalah,sederhana itu cantik :)

p/s:di sini sy sertakan syarat memakai hijab utk anda semua.Harap ia memberi manfaat untuk kita semua..keep upgrading to be a better muslim :) (for more information search "syarat pakai tudung-Ustaz Don Daniyal)

1.Tutup Dada.

Muslimah kena memastikan hijab yang dipakai tidak kira pashmina,shawl,tudung bawal,tudung syria atau tudung2 yang lain menutupi dada.Tidak kisah la apa jenis tudung yang paling penting ianya WAJIB menutupi dada.


2.selindung.
selindung di sini sy maksudkan pastikan hijab anda menyelindungi apa yang patut diselindungi iaitu rambut,telinga,leher dan dada..Fesyen yang terkenal masa kini kebanyankannya transparent hingga menampakkan rambut leher atau telinga.Adakah itu menutup aurat?tidak sama sekali.Jadi makcik makcik,kakak kakak ,adik adik di luar sana..kalau ada hijab yang jarang sehingga menampakkan apa yang patut diselindungi,elakkan dari memakai hijab itu ya?selindung juga bermaksud hijab itu mestilah longgar yang tidak menampakkan apa yang patut diselindung.sebagai contoh,anda pasti tahu hijab yang materialnya sangat ketat,seperti tudung syria yang menampakkan bentuk dada dan telinga kan?itu juga tidak dikira menutup aurat dengan sempurna..ini pun,elakkan la juga ya?selindung juga bererti hijab yang anda pakai mestilah menyembunyi dan menyelaputi.Bila sy tekankan hijab yang anda pakai itu mestilah menutup dada,bukan hanya menutup dada tau,ianya juga harus menutup bahu anda.supaya bila ada angin tiup,bahagian yang tersembunyi tidak terselak.

3Atas.
atas yang saya maksudkan di sini bukannya hijab itu berada di atas dada ya..Bila kita nak tutup botol,kita letak penutupnya di atas kan?begitu juga dengan hijab..hijab itu hendaklah diletakkan di atas kepala kita,menutup rambut,telinga,leher dan seterusnya menyelaputi dada.contohnya,lihat sahaja pengantin muslimah di luar sana,bila di hari perkahwinan mereka memasukkan hijab ke dalam baju.Itu juga bukan menutup aurat.Hijab itu mesti berada di atas dada(dlm kedaan menutupi dada) bukan di dalam baju.

4.No tabbaruj.
Di zaman yang moden ini,kita disajikan dengan pelbagai fesyen hijab yang tidak terhitung jumlahnya.Tidak salah kita berfesyen,tapi biarlah berpada pada.jangan berlebih-lebihan.bersederhanalah dalam berpakaian.Istiqomah la,fikirkan dan cari apa sebab dan niat anda menutup aurat..adakah kerana fesyen?Kalau semata mata kerana ALLAH..sy rasa tabbaruj tidak akan ada dalam diri anda.Kerana anda lagi mementingkan pandangan ALLAH berbanding pandangan manusia.


Jadi para muslimah di luar sana,adakah anda menepati keempat syarat ini?jika tidak,perbaiki apa yang patut.ALLAH itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.Perbaikilah selagi ada kesempatan dan peluang.Biar orang melihat kita memakai pakaian ketinggalan zaman asal jangan kita memakai pakaian akhir zaman.Sy minta maaf untuk teguran ini,bukan sy hendak menunjuk pandai..Tapi sebab sy sayang muslimah muslimah di luar sana..kalau ke syurga,biarlah kita bersama :) saling ingat mengingatkan antara satu sama lain..InsyALLAH.. Lets keep upgrading to be a better muslim/muslimah..




   
























































                                                                                                                   -AGirlWithaBigHeart,Awa-

Muhasabah Cinta~




Wahai pemilik nyawaku,
Betapa lemah diriku ini,
Berat ujian dariMu..
Ku pasrahkan semua..padaMu..

Tuhan..
Baruku sedar..
Indah nikmat sihat itu..
Tak pandai aku bersyukur,,
Kiniku harapkan cintaMu..

Kata kata cinta..
Terucap indah..mengalir berzikir
Di kidung doaku..
Sakit yang ku rasa.
Biar jadi penawar dosaku..

Butir butir cinta..airmataku..
Teringat semua yang kau beri untukku,
Ampuni khilaf dan salah..
selama ini..Ya Illahi,,
Muhasabah cintaku..

Tuhan..
Kuatkan aku..
Lindungiku dari putus asa..
Jika ku harus mati..
pertemukan aku denganMu..



                                                                                                                      -AGirlWithaBigHeart,Awa-

Allah kan ada:')



seringkali dalam kehidupan ini,kita dilanda kesedihan kan?itulah lumrah kehidupan wahai teman..kadang kadang kita diuji kehilangan orang yang kita sayang dan ia semestinya sangat sakit bukan?pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri,mengapa ia terjadi?Apa hikmah di sebalik kejadian itu?

Di sini saya ingin berkongsi akan jawapan yang saya perolehi setelah puas berteka teki kepada dengan hati  sendiri..Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah..
    

Renungkan sahaja dalam kehidupan seharian kita,kita banyak bergantung dengan orang sekeliling kita kan? kita nak sesuatu,kita minta dengan ibu dan bapa kita,kita gembira dan ketawa kita kongsikan dengan kawan kita dan bila kita sedih kita cari kawan kita untuk share rasa sedih tu..kita memang tidak akan lari dari itu bukan?hakikatnya kita ini hanya manusia biasa yang lemah dan memerlukan manusia lain untuk kita terus hidup dan tidak merasa kosong.



Hikmahnya macam tu lah. Bila kita dah biasa berharap pada manusia, sampai masa Allah hilangkan mereka dari kita, kita akan rasa sedih dan kecewa bukan?


Tapi kita terlupa Yang Maha Memberi itu Dia.Yang Maha Mendengar itu adalah Dia. Manusia ni sebagai medium sahaja. Kalau betul kita hanya bergantung pada Allah, kita takkan sedih bagai nak rak, bertahun-tahun, robek-robek dada bila orang yang kita sayang tu pergi dari kita. Sebab kita ada strong faith yang Allah tetap ada untuk kita. Allah takkan pernah hilang.  Dan tempat bergantung kita takkan pernah kurang.


Tapi tidaklah sampai kita tiada ruang untuk bersedih saat orang tersayang lenyap dari hidup kita. Ya, kita ada hak untuk bersedih. Rasul kekasih Allah juga bersedih tetapi biarlah kesedihan itu berpada-pada.  Dan pada saya, bila kita selalu mengajar diri untuk tidak terlalu meletakkan pengharapan seratus peratus pada manusia sekeliling, kesedihan itu tidak akan berpanjangan dan dapat di kawal.




jadi,wahai teman..janganlah bersedih,kecewa dan berputus asa tatkala Allah turunkan ujian dengan kehilangan org yang anda sayang..yakinlah,Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara  itu untuk sia sia..setiap yang terjadi itu,ada hikmahNya..La Tahzan,Allah kan ada ! :)









                                                                                                                  -AGirlWithaBigHeart,Awa-

Saturday, 20 October 2012

Kerana Jodoh Itu rahasia Allah

 

 Bila mana kita merancang,Jangan Lupa Allah jugak sedang merancang..
 Rancanglah sehebat mana,Sesungguhnya Perancangan Allah Lagi hebat.
 sakitnya rasa itu seperti bagai beribu serpihan kaca mencucuk hati yang lembut..
sungguh ! sakit itu tidak tertanggung..tidak terdaya aku untuk berkata kata..
    

 Maka wahai teman jangan terlalu merancang..kita tidak tahu apa yang ada di depan kita
  Takut nanti kita yang tersungkur jatuh rebah ke bumi..
  dek kerana kepentingan diri..


  Kini,aku akan mengorak mengatur langkahku sendiri..
 sungguh,aku tidak kuat untuk dugaan ini..
Tapi..demi Kehidupan yang hakiki,aku harus melangkah
Mencari kebahagiaan yang pasti..
 Keredhaan Allah ku yang satu.


  Dua orang yang saling menyayangi keranaNya,bertemu dan berpisah keranaNya..
  Allah akan menemukan mereka di syurga..akhirat yang pasti..
  La Tahzan,Allah bersamamu wahai teman..





Jodoh itu rahsia Allah. Biar Allah yang tentukan. Sungguh, susunan Allah itu indah. Cinta & jodoh itu urusan DIA. Cintakan DIA itu urusan kita. Jika kita cintakan DIA, sudah pasti DIA akan temukan kita dengan orang yang mencintai kita di jalanNya kan? :')


"Kalau cinta ALLAH didahulukan, keredhaan ibu bapa didahulukan, insya Allah cinta abadi sesama manusia sentiasa menanti" - Dena Bahrin  










Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
"Orang-orang yang berkasih sayang kerana-Kuuntuk mereka singahsana daripada cahaya yang sangat indahMereka dicemburui oleh anbia’ dan syuhada."
(Riwayat at-Tirmizi)




                                                                                                   
                                                                                                          -AGirlWithaBigHeart,Awa-

                                         

Tuesday, 16 October 2012

Indahnya.Hijrah.Itu.




Hidayah itu  milik Allah..kadang kita lihat orang itu jahil pada hari ini,esok kita bertemu dengannya dia menjadi orang yang paling berilmu,hari ini kita melihat wanita itu seksi dan tidak menutup aurat,tidak mustahil akan datang wanita itu akan melitupi seluruh tubuhnya dari pandangan orang.Jangan kita mencerca dan memandang hina,sebaliknya pandanglah mereka mereka ini dengan pandangan yang kasihan.Ya,Kasihan :)

Tiada yang mustahil bagi Allah..Bilamana Ia berkhendakkan ke atas sesuatu,Maka terjadilah akan sesuatu itu.KunFayaKun :)


Apa adanya aku hari ini,atas hidayah dan kuasa Allah s.w.t..Aku bukan dari kalangan keluarga keluarga yang alim dan warak.Keluarga aku bukanlah keluarga yang mengamalkan 100% ajaran islam,tetapi itu bukan alasan untuk aku terus menerus hanyut berbuat dosa.Itu bukan alasan untuk aku tidak mengamalkan dan mempraktikkan ajaran islam dalam kehidupan sehari hariku.

Rasa ingin berhijrah ke diriku yang baru ini,pertama tama sekali ia hadir tidak lain dan tidak bukan semata mata hanya kerana Allah s.w.t.Sepanjang usiaku ini,bermacam macam yang telah aku harungi di bumi Allah s.w.t ini.Sebut sahaja fesyen rambut,semua telah aku cuba.dari lurus ke kerinting,semua..semua aku telah aku cuba.fesyen?legging?dress?jeans ketat?berpakaian menjolok mata sehingga aku sering kali disalah anggap sebagai non-muslim..Ya,semua itu telah aku lalui..sampai satu tahap,aku bertanya kepada diriku sendiri.sampai bila?kerana setiap kali mencuba semua itu,aku seakan tidak pernah puas..cuba,cuba dan cuba lagi..sampai satu tahap,terbit rasa tidak bersyukurnya aku ke atas apa yang Allah kurniakan kepadaku..Aku punya keluarga,Aku punya kawan,kehidupan yang baik..Allah berikan semua itu kepada aku..sungguh..Allah itu maha pemurah dan maha penyayang..tapi aku?Allah bagi aku segala galanya..tapi perintahNya menutup aurat aku abaikan..betapa tidak bersyukurnya aku..saat itu,aku betul betul merasa hina dan tidak layak berada di atas muka bumi ini..


Dan satu ketika,entah bagaimana aku nekad untuk berhijab..menunaikan kewajipan aku sebagai wanita islam yang sepatutnya aku laksanakan sewaktu aku cukup umur(akil baligh) lagi.subhanAllah,sungguh kalau aku tau begini nikmatnya berhijab pastinya dari dulu lagi ku lakukannya..Dengan imej baruku ini,bukan bermakna aku baik.Tidak..Tidak sama sekali..Aku hanya hamba Allah yang ingin berubah menjadi yang lebih baik..yang terbaik..yang solehah :)


Kepada wanita wanita yang belum menutup aurat di luar sana,janganlah takut orang sekeliling anda menilai,,risau dan khuatirlah dengan  penilaian dari Allah..Biarkan orang mengata,yang penting siapa kita di mata Allah:)



                                                                                                                -AGirlWithaBigHeart,Awa-