Sunday, 21 October 2012

This.Is.For.You.Muslimah.

 4 syarat memakai hijab



Alhamdulilah.Baru baru ini,ramai saya melihat perubahan hijrah di kalangan wanita islam,termasuk jugak la para artis.sungguh,tenang hati ini melihat wajah mereka yang tampak ayu berhijab.Tapi dalam kita menunaikan kewajipan ini,janganlah kita hanya sekadar alang alang menutup aurat.Alang alang yg saya maksudkan di sini ialah apabila peredaran fesyen yang tumbuh bagai cendewan di mana banyak tudung tudung yang terdapat di pasaran sekarang yang banyak menepati cita rasa si pemakai.Tetapi anda di luar sana,di sini saya ingin tekankan,tidak salah kalau kita berfesyen,tapi fesyen itu biarlah selaras dengan syariat dan garis panduan islam.Tetapi adalah lebih baik jika kita menutup aurat semata mata kerana Allah s.w.t bukan kerana fesyen.Jangan jadi mangsa fesyen.Bersederhanalah wahai wanita :) percayalah,sederhana itu cantik :)

p/s:di sini sy sertakan syarat memakai hijab utk anda semua.Harap ia memberi manfaat untuk kita semua..keep upgrading to be a better muslim :) (for more information search "syarat pakai tudung-Ustaz Don Daniyal)

1.Tutup Dada.

Muslimah kena memastikan hijab yang dipakai tidak kira pashmina,shawl,tudung bawal,tudung syria atau tudung2 yang lain menutupi dada.Tidak kisah la apa jenis tudung yang paling penting ianya WAJIB menutupi dada.


2.selindung.
selindung di sini sy maksudkan pastikan hijab anda menyelindungi apa yang patut diselindungi iaitu rambut,telinga,leher dan dada..Fesyen yang terkenal masa kini kebanyankannya transparent hingga menampakkan rambut leher atau telinga.Adakah itu menutup aurat?tidak sama sekali.Jadi makcik makcik,kakak kakak ,adik adik di luar sana..kalau ada hijab yang jarang sehingga menampakkan apa yang patut diselindungi,elakkan dari memakai hijab itu ya?selindung juga bermaksud hijab itu mestilah longgar yang tidak menampakkan apa yang patut diselindung.sebagai contoh,anda pasti tahu hijab yang materialnya sangat ketat,seperti tudung syria yang menampakkan bentuk dada dan telinga kan?itu juga tidak dikira menutup aurat dengan sempurna..ini pun,elakkan la juga ya?selindung juga bererti hijab yang anda pakai mestilah menyembunyi dan menyelaputi.Bila sy tekankan hijab yang anda pakai itu mestilah menutup dada,bukan hanya menutup dada tau,ianya juga harus menutup bahu anda.supaya bila ada angin tiup,bahagian yang tersembunyi tidak terselak.

3Atas.
atas yang saya maksudkan di sini bukannya hijab itu berada di atas dada ya..Bila kita nak tutup botol,kita letak penutupnya di atas kan?begitu juga dengan hijab..hijab itu hendaklah diletakkan di atas kepala kita,menutup rambut,telinga,leher dan seterusnya menyelaputi dada.contohnya,lihat sahaja pengantin muslimah di luar sana,bila di hari perkahwinan mereka memasukkan hijab ke dalam baju.Itu juga bukan menutup aurat.Hijab itu mesti berada di atas dada(dlm kedaan menutupi dada) bukan di dalam baju.

4.No tabbaruj.
Di zaman yang moden ini,kita disajikan dengan pelbagai fesyen hijab yang tidak terhitung jumlahnya.Tidak salah kita berfesyen,tapi biarlah berpada pada.jangan berlebih-lebihan.bersederhanalah dalam berpakaian.Istiqomah la,fikirkan dan cari apa sebab dan niat anda menutup aurat..adakah kerana fesyen?Kalau semata mata kerana ALLAH..sy rasa tabbaruj tidak akan ada dalam diri anda.Kerana anda lagi mementingkan pandangan ALLAH berbanding pandangan manusia.


Jadi para muslimah di luar sana,adakah anda menepati keempat syarat ini?jika tidak,perbaiki apa yang patut.ALLAH itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.Perbaikilah selagi ada kesempatan dan peluang.Biar orang melihat kita memakai pakaian ketinggalan zaman asal jangan kita memakai pakaian akhir zaman.Sy minta maaf untuk teguran ini,bukan sy hendak menunjuk pandai..Tapi sebab sy sayang muslimah muslimah di luar sana..kalau ke syurga,biarlah kita bersama :) saling ingat mengingatkan antara satu sama lain..InsyALLAH.. Lets keep upgrading to be a better muslim/muslimah..




   
























































                                                                                                                   -AGirlWithaBigHeart,Awa-

No comments: